Industri ternakan kambing dinegara ini masih belum dilakukan dengan komersil lagi. Ini mungkin disebabkan oleh tanggapan masyarakat bahawa pemelihara kambing perlukan keserasian dengan kambing untuk membolehkan kambing hidup dengan baik. Memandangkan permintaan terhadap daging kambing yang meningkat terutama semasa musim perayaan serta keperluan untuk ibadah akikah maka satu projek membangunkan kawasan Kampung Kubang Cherang, Seterpa, Kota Bharu, Kelantan untuk tujuan ternakan kambing daging telah dirancang. Daging kambing yang mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang tinggi boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan. Kemampuan projek ini berdayamaju bergantung kepada strategi pemasaran serta kemampuan menguruskan kos operasi dengan effesien.
Baka-baka kambing yang boleh digunakan untuk keluaran daging biasanya mempunyai badan yang padat jika dibandingkan dengan baka untuk pengeluaran susu. Ambing kambing-kambing jenis ini juga tidak begitu besar seperti baka-baka kambing susu. Di antara baka-baka daging yang boleh digunakan untuk pemeliharaan:
KAMBING KACUKAN
Kambing kacukan adalah hasil dari perkahwinan kambing baka-baka luar negeri seperti Anglo Nubian, Jamnapari dan juga kacukan dengan baka-baka yang boleh mengeluarkan susu seperti Saanen, Toggenburg dan British Alpine.
Rupa bentuk biasanya menunjukkan mirip kedua induk dan baka, tidak mempunyai ciri-ciri sendiri. Kambing jenis kacukan ini boleh meningkat berat badan sebanyak 25 - 35 kg dalam lingkungan umur setahun. Kambing kacukan dewasa juga mempunyai berat badan yang lebih tinggi dari kambing kacang. Purata berat badan ketika lahir adalah lebih kurang 2 kg - 2.5 kg seekor.
CARA-CARA PEMILIHAN BAKA YANG BAIK
Oleh kerana tujuan kita memelihara kambing adalah untuk mendapatkan hasil yang lumayan maka perlulah kita memelihara kambing dari baka-baka yang baik. Kita perlu memilih kambing yang mempunyai sifat-sifat yang dikehendaki. Adalah dimaklumkan bahawa kambing tidak akan mempunyai kesemua sifat-sifat ini tetapi apabila memilih hendaklah dipastikan yang kambing itu mempunyai seberapa banyak yang boleh sifat-sifat yang dikehendaki.
PEMELIHARAAN UNTUK TUJUAN PENGELUARAN DAGING
Pengeluaran daging dari penternakan kambing meliputi dua bahagian aktiviti. Penternakan yang dirancang boleh dijalankan diantara mana-mana satu bahagian aktiviti ini ataupun kedua-dua sekali. Untuk projek ini kedua – dua aktiviti akan dijalankan bagi meningkatkan produktiviti.
MEMBIAK
Memelihara kambing baka dan mendapatkan anak untuk dipelihara, digemuk dan dijual untuk pengeluaran daging
Untuk Tempahan Boleh Hubungi
DX CENTRADE SERVICES (KT 0292270-D)
En. Anuar Junaidi di talian H/P : 012 96 001 96
Di samping itu pihak DX CENTRADE SERVICES (KT 0292270-D)
ada membuka peluang kepada para pelabur untuk berkongsi
keuntungan dari perniagaan ini......
Modal
|
KeUntungan
Setiap Bulan (6 Bulan)
|
RM 500 - RM 4,999
|
12 %
|
RM 5,000 - RM 9,999
|
15 %
|
RM 10,000 ke atas
|
18 %
|
Tiada ulasan:
Catat Ulasan